Monday, 29 April 2013

DEVOTEES OF CHARADE



DOC adalah singkatan kepada Devotees of Charade, dalam bahasa Malayu, Pemuja Charade, tapi tak bermakna kereta kita diasapkan kemenyan atau dimandikan bunga tiap kali bulan mengambang ya. DOC adalah sebuah komuniti bagi peminat Daihatsu Charade tanpa mengira model & usia kereta, standard atau modifikasi penuh. Bagi DOC, selagi anda meminati Daihatsu Charade, anda boleh menjadi sebahagian daripada kami. Di DOC, kami tiada ketua, tetapi terdapat satu kumpulan kecil yang terdiri daripada beberapa individu menjadi pengurus bagi komuniti ini. Mereka ini adalah Crew & Moderator DOC.

Daihatsu Charade! Kereta Apa tu?


Jika kita lihat di Malaysia pada ketika ini, Daihatsu Malaysia hanya menjual lori sahaja, Model lori Delta amat popular bagi mengangkat muatan tidak lebih 1 tan. Sebelum pengenalan kereta kompak keluaran negara Perodua di jalanraya Malaysia, Daihatsu Charade model G10, G11, G100 (Aura) dan G200 (Espri dan Ascend) telah memenuhi setiap pelusuk jalanraya, tak kira di kampung atau di bandar kerana ianya merupkan kenderaan yang paling praktikal dan ekonomik ketika itu. Berbagai gelaran diberikan pada kereta ini, “cirit”, “cerek” dan “kereta pasar” antara yang popular. Dengan kemasukaan alat ganti terpakai dari kedai potong maka munculah model GTti dan GTXX yang bernadikan enjin induksi paksaan (Turbo) dan Kissa serta Detomaso yang berenjinkan aspirasi normal (NA) yang asalnya di Jepun kenderaan 2 pintu disumpah menjadi kereta 4 pintu di Malaysia. Oleh sebab auntie-auntie dah tak pakai lagi kereta nie buat pegi pasar dan diwasiatkan kepada anak-anak mereka, maka permintaan untuk barang Japan Domestic Market (JDM) ini semakin tinggi. Oleh sebab permintaan yang tinggi dan barang yang terhad maka harga barang JDM Daihatsu Charade ini menggila hingga tak masuk akal. Ditambah pula dengan penggunaan barang Charade oleh pemilik Perodua maka harga barang tersebut terus menjadi lebih dari gila tak masuk akal. 



Devotees of Charade!. Apa bendanya Tu?


Devotees of Charade (DOC) merupakan satu forum (http://www.devoteesofcharade.com/forumv2) (kini index.php) yang dikhususkan kepada pemandu/pemilik Daihatsu Charade sebarang model. DOC telah lahir daripada idea serta usaha penaung kita iaitu Cik Nanc (sehingga kini kami tak tahu nama penuh beliau) rakan-rakan dan Kuantan Charade Syndicate (KCS) yang menyedari perlunya satu forum yang menggunakan bahasa Melayu maka terciptalah forum DOC yang dahulunya beralamat di http://nanckayozine.proboard16.tk. Oleh kerana terikat dengan syarat-syarat penubuhan forum di proboard, dan tidak mahu forum tersebut berkubur, saudara castello (kini forum owner) telah mengambil inisiatif untuk melahirkan pula forum yang didaftarkan dibawah domain devoteesofcharade.com hasil usahasama Cik Nanc. Bermula daripada sebuah forum, kini DOC telah mempunyai ahli sekitar 1500 orang dan mempunyai ahli yang aktif dalam sekitar 400 orang. Ahli-ahli DOC terdiri daripada bebagai-bagai lapisan umur serta kaum. Teknologi internet telah membolehkan ahli terdiri daripada mereka yang berada di seluruh pelusuk semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak serta luar negara. Bagi memudahkan pengurusan serta komunikasi antara ahli, ahli-ahli telah dibahagikan mengikut region/kawasan antaranya;

1. Kuantan Charade Syndicate (KCS) bagi kawasan Pahang
2. Ganu Charade Members (GCM) bagi kawasan Terengganu
3. Charade R-Limited (CRL) bagi kawasan Kelantan
4. Daihatsu Cronism (DC) bagi kawasan utara - Kedah, Penang & Perlis
5. Daihatsu Charade Johor Entity (DCJ) bagi kawasan Johor
6. Daihatsu Charade Borneo bagi kawasan Sarawak & Sabah
7. Daihatsu G Series (DGSM) bagi kawasan Melaka
8. N9 Charade Community (N9CC) bagi kawasan Negeri Sembilan
10. Geng Charade Ipoh (GCI) bagi kawasan Perak

Bagi kawasan Central (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya) kawasan dibahagikan mengikut TT ie Wangsamaju, Shah Alam, Seri Kembangan, Puchong. 


Tujuan terdapat kumpulan-kumpulan kecil ini adalah untuk memudahkan pertemuan ahli ahli serta maklumat-maklumat disalurkan kepada semua peminat Daihatsu Charade. Ia juga bagi memudahkan penyelarasan kerana setiap region telah diwakili oleh seorang Moderator DOC. 


Nak tahu lebih lanjut apa kitorang buat dalam tu.... boleh layari http://www.devoteesofcharade.com.my

CHARADE JOHOR SCENE...






Assalamualaikum...

Hrmmm.... antara sedar atau tak, dah lebih 10 tahun Daihatsu Charade Johor Entity (DCJNTT) bertapak kat Johor... lama tu.. rasa cam masih baru jek.. tak sangka dah begini lama...

The history of DCJNTT... arghhhhh!!!... nak cerita balik tu mmg panjang laaa... tapi secara summary boleh aku citekan kat dalam ni...

Kelab Charade di Johor ni ditubuhkan pada awal tahun 2000... sapa yang main peranan penubuhan kelab ni tak pasti... yang pasti time tu penubuhan kelab ni kat JB saja.. pada peringkat awal, nama kelab ni Kelab Daihatsu Charade Johor Bahru.. time ni orang lama yang dikenali seperti Amy, Man Masai dan Ayiem.. selepas tempoh penubuhan tu baru lah masuk Mus, Ahyong, Lat, Faiz, Lan dan beberapa orang lagi yang dah jual pun keta memasing...

Tahun 2005... Kelab Charade Johor Bahru diubah namanya kepada Daihatsu Charade Owner Club Johor (DCOCJ).. pasal ape ubah nama lak? sebabnya nak ikut trend Daihatsu Charade Owner Club Malaysia (DCOCM) yang tgh naik ketika itu... DCOCJ bertahan namanya sampai tahun 2006... lepas tu down sebab ada masalah dalaman time tu... so, dua tahun takde aktiviti.. senyap sampai ahli sedia ada fed-up dan ada yg putus harapan nak main 'keta auntie pergi pasar' nih...

Walaubagaimanapun, berkat beberapa kerat ahli yang masih tak putus asa.... pada tahun 2008, DCOCJ direbranded semula menggunakan nama Daihatsu Charade Johor Entity (DCJNTT) dan alhamdulillah bertahan sehingga hari ini....