Monday 29 April 2013

DEVOTEES OF CHARADE



DOC adalah singkatan kepada Devotees of Charade, dalam bahasa Malayu, Pemuja Charade, tapi tak bermakna kereta kita diasapkan kemenyan atau dimandikan bunga tiap kali bulan mengambang ya. DOC adalah sebuah komuniti bagi peminat Daihatsu Charade tanpa mengira model & usia kereta, standard atau modifikasi penuh. Bagi DOC, selagi anda meminati Daihatsu Charade, anda boleh menjadi sebahagian daripada kami. Di DOC, kami tiada ketua, tetapi terdapat satu kumpulan kecil yang terdiri daripada beberapa individu menjadi pengurus bagi komuniti ini. Mereka ini adalah Crew & Moderator DOC.

Daihatsu Charade! Kereta Apa tu?


Jika kita lihat di Malaysia pada ketika ini, Daihatsu Malaysia hanya menjual lori sahaja, Model lori Delta amat popular bagi mengangkat muatan tidak lebih 1 tan. Sebelum pengenalan kereta kompak keluaran negara Perodua di jalanraya Malaysia, Daihatsu Charade model G10, G11, G100 (Aura) dan G200 (Espri dan Ascend) telah memenuhi setiap pelusuk jalanraya, tak kira di kampung atau di bandar kerana ianya merupkan kenderaan yang paling praktikal dan ekonomik ketika itu. Berbagai gelaran diberikan pada kereta ini, “cirit”, “cerek” dan “kereta pasar” antara yang popular. Dengan kemasukaan alat ganti terpakai dari kedai potong maka munculah model GTti dan GTXX yang bernadikan enjin induksi paksaan (Turbo) dan Kissa serta Detomaso yang berenjinkan aspirasi normal (NA) yang asalnya di Jepun kenderaan 2 pintu disumpah menjadi kereta 4 pintu di Malaysia. Oleh sebab auntie-auntie dah tak pakai lagi kereta nie buat pegi pasar dan diwasiatkan kepada anak-anak mereka, maka permintaan untuk barang Japan Domestic Market (JDM) ini semakin tinggi. Oleh sebab permintaan yang tinggi dan barang yang terhad maka harga barang JDM Daihatsu Charade ini menggila hingga tak masuk akal. Ditambah pula dengan penggunaan barang Charade oleh pemilik Perodua maka harga barang tersebut terus menjadi lebih dari gila tak masuk akal. 



Devotees of Charade!. Apa bendanya Tu?


Devotees of Charade (DOC) merupakan satu forum (http://www.devoteesofcharade.com/forumv2) (kini index.php) yang dikhususkan kepada pemandu/pemilik Daihatsu Charade sebarang model. DOC telah lahir daripada idea serta usaha penaung kita iaitu Cik Nanc (sehingga kini kami tak tahu nama penuh beliau) rakan-rakan dan Kuantan Charade Syndicate (KCS) yang menyedari perlunya satu forum yang menggunakan bahasa Melayu maka terciptalah forum DOC yang dahulunya beralamat di http://nanckayozine.proboard16.tk. Oleh kerana terikat dengan syarat-syarat penubuhan forum di proboard, dan tidak mahu forum tersebut berkubur, saudara castello (kini forum owner) telah mengambil inisiatif untuk melahirkan pula forum yang didaftarkan dibawah domain devoteesofcharade.com hasil usahasama Cik Nanc. Bermula daripada sebuah forum, kini DOC telah mempunyai ahli sekitar 1500 orang dan mempunyai ahli yang aktif dalam sekitar 400 orang. Ahli-ahli DOC terdiri daripada bebagai-bagai lapisan umur serta kaum. Teknologi internet telah membolehkan ahli terdiri daripada mereka yang berada di seluruh pelusuk semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak serta luar negara. Bagi memudahkan pengurusan serta komunikasi antara ahli, ahli-ahli telah dibahagikan mengikut region/kawasan antaranya;

1. Kuantan Charade Syndicate (KCS) bagi kawasan Pahang
2. Ganu Charade Members (GCM) bagi kawasan Terengganu
3. Charade R-Limited (CRL) bagi kawasan Kelantan
4. Daihatsu Cronism (DC) bagi kawasan utara - Kedah, Penang & Perlis
5. Daihatsu Charade Johor Entity (DCJ) bagi kawasan Johor
6. Daihatsu Charade Borneo bagi kawasan Sarawak & Sabah
7. Daihatsu G Series (DGSM) bagi kawasan Melaka
8. N9 Charade Community (N9CC) bagi kawasan Negeri Sembilan
10. Geng Charade Ipoh (GCI) bagi kawasan Perak

Bagi kawasan Central (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya) kawasan dibahagikan mengikut TT ie Wangsamaju, Shah Alam, Seri Kembangan, Puchong. 


Tujuan terdapat kumpulan-kumpulan kecil ini adalah untuk memudahkan pertemuan ahli ahli serta maklumat-maklumat disalurkan kepada semua peminat Daihatsu Charade. Ia juga bagi memudahkan penyelarasan kerana setiap region telah diwakili oleh seorang Moderator DOC. 


Nak tahu lebih lanjut apa kitorang buat dalam tu.... boleh layari http://www.devoteesofcharade.com.my

3 comments:

  1. salam otai...macam mana nak join club ni...biasa lepaking kat mana?...biasala sy budak baru nak up....tq otai

    ReplyDelete
  2. Ade lagi ke club ni mcm na join je sbb kawan de satu g200

    ReplyDelete
  3. Kalau masih ada, nak join.. syok layan kereta lama

    ReplyDelete